MAKSUD DAN JENIS-JENIS PERISIAN
Perisian adalah Program yang dipasang di dalam komputer untuk mengawal pemprosesan data. Perisian membolehkan kita mengendalikan komputer dan berinteraksi dengan perkakasan komputer.
Terdapat 3 jenis perisian
A. SISTEM PENGENDALI
Program yang mengawal dan menyelaras semua aktiviti perkakasan dan perisian komputer.
Contoh sistem pengendali ialah LINUX, WINDOWS dan Mac OS
Fungsi –Fungsi Sistem Pengendali
- Menyediakan antara muka
- Menyimpan fail dalam storan
- Melancarkan perisian
- Memasang perisian
- Memperuntukkan ruang memori
Merupakan program yang digunakan untuk membantu pengguna melaksanakan tugas yang khusus.
JENIS , FUNGSI DAN CONTOH PERISIAN APLIKASI
1. HAMPARAN ELEKTRONIK
Membuat pengiraan mudah dengan menggunakan formula dan fungsi serta menghasilkan graf.
Contoh : Excel, LibreOffice,IBM Lotus 1-2-3
2. PEMAIN MEDIA
Memainkan media seperti video,audio
Contoh :Real Player, Window Media Player.
3. MEMPROSES KATA
Mengarang, menyunting dan mencetak dokumen
Contoh :Microsoft Word, Wordstar, LibreOffice Writer.
4. PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
Memaparkan maklumat dalam bentuk persembahan slaid.
Contoh : Microsoft Office Powerpoint, LibreOffice Impress.
5. PENYUNTING GRAFIK
Menghasilkan dan menyunting imej
Contoh :- Paint, Mt. Paint, Adobe Photoshop.
6. PENGKALAN DATA
Mengurus data dan maklumat secara teratur.
Contoh : Microsoft Office Access, Oracle, MySQL dan LibreOffice Base
No comments:
Post a Comment